Impak Terus Dirasai, Krisis Geopolitik Melimpah Ke Bursa

203

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 1.81 mata pada 1,601.24 daripada penutupan Jumaat pada 1,603.05.

Indeks dibuka 1.39 mata pada 1,601.66.

Ia dibuka sedikit rendah hasil menjejaki prestasi lemah pada pasaran Wall Street yang terus dibawah tekanan krisis geopolitk sehingga membuatkan sejumlah saham menjunam.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 190 berbanding 171, manakala 282 kaunter pula tidak berubah, 1,595 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 261.52 juta unit bernilai RM105.07 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks-indeks utama Wall Street mengalami penurunan termasuk hasil 10 tahun Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, KLCI yang mengalami kerugian masih berada di paras 1,600 menandakan sentimen pasaran masih positif hasil dorongan kemasukan dan asing.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 4 sen pada RM8.70, Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM4.39 dan RM5.60, Petronas Chemicals tambah 1 sen pada RM9.22 dan IHH Healthcare Bhd turun 4 sen pada RM6.51.

Saham aktif memperlihatkan Ta Win Holdings dan KNM Group Bhd tambah 0.5 sen dan 1 sen pada 10 sen sementara Xidelang Holdings Ltd susut 0.5 sen pada 3.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE mundur 6.40 mata pada 6,288.36, FBM 70 kurang 6.13 mata pada 13,738.61, FBM Emas turun 5.84 mata pada 11,445.67, FBMT 100 jatuh 10.91 mata pada 11,114.24 dan FBM Emas Shariah susut 14.25 mata pada 12,196.46.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mencapai 1.45 mata pada 16,402.13, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menurun 0.78 mata pada 210.85 dan indeks Perladangan mekar 68.53 mata pada 8,188.76.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat