Import Minyak Sawit China Dijangka Menurun

312

Import minyak sawit China dijangka normal dan turun menjadi 5.95 juta tan tahun ini, setelah mencatatkan peningkatan 7.55 juta tan pada tahun lalu ketika produksi minyak domestik mengalami krisis.

Menurut Pengarah Perniagaan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK), Ooi Liang Hin menjelaskan bahawa 2019 adalah “tahun istimewa” kerana terdapat penurunan dalam pengeluaran minyak domestik di republik itu, yang menyebabkan China mengimport lebih banyak minyak sawit.

Selain itu, minyak sawit Malaysia dari bulan Januari hingga April merangkumi hampir separuh daripada import minyak sawit China tetapi KLK menjangkakan penurunannya kepada 30% hingga 40% tahun ini. Walau bagaimanapun, negara tersebut dilihat cenderung untuk membeli lebih banyak minyak sawit sekiranya hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat dan Kanada semakin parah.

Tambahan daripada itu, import minyak sawit China dikhabarkan bakal meningkat dari bulan Julai yang didorong oleh pemulihan pengeluaran di tempat asal. Selain itu, China telah membuka semula ekonominya dan permintaan pulih dengan cepat.

Oleh itu, niaga hadapan CPO yang disenaraikan di Bursa Malaysia yang berakhir pada bulan Julai meningkat RM8 hingga RM2,396 satu tan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat