Indek Iklim Perniagaan German IFO Tidak Banyak Mengubah Kedudukan Euro

58

Euro hampir tidak berubah dalam tempoh sebulan berbanding Dolar Amerika Syarikat, walaupun setelah pengeluaran data German yang meyakinkan. Hal ini kerana permintaan bagi Dolar AS kekal meluas menjelang mesyuarat dasar minggu ini oleh Fed.

EUR/USD mencecah 1.0953 sewaktu sesi awal perdagangan Eropah. Kemudian pair tersebut meningkat kepada 1.0973.

EUR/USD, 15 minit
EUR/USD, 15 minit

 

Data pada hari Isnin, menunjukkan Indek Iklim Perniagaan German Ifo (German Ifo Business Climate Index) ditandakan menurun kepada paras 108.3 pada bulan Julai daripada 108.7 pada bulan Jun.

Sementara itu, data Amerika Syarikat yang rancak dikeluarkan juga menyokong jangkaan kenaikan kadar oleh bank pusat Amerika Syarikat dalam jangka masa terdekat.

Euro juga dicatat rendah berbanding Pound, dengan EUR/GBP merosot 0.31% kepada 0.8354.

EUR/GBP, 15 minit
EUR/GBP, 15 minit
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat