Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat Lemah Pada Bulan September!

0 95

Harga pengeluar Amerika Syarikat mencatat kemorostan pada bulan September dan hanya mampu mendorong peningkatan tahunan paling kecil dalam tempoh hampir 3 tahun. Walaubagaimanapun, penganalisis berpendapat bahawa data ini boleh memberikan ruang kepada the Fed untuk mengurangkan kadar faedah pada bulan ini.

Jabatan Buruh melaporkan pada hari Selasa bahawa data inflasi pengeluar adalah lemah pada bulan September dan menambah lagi tekanan terhadap ekonomi Amerika Syarikat yang sedang bertumbuh dengan perlahan dan dihimpit dengan ketegangan perdagangan.

Indeks harga pengeluar jatuh sebanyak 0.3% pada bulan lepas berikutan kejatuhan dalam kos barangan dan perkhidmatan. Menurut Jabatan Buruh, kejatuhan ini merupakan kejatuhan terbesar sejak bulan Januari.

Dalam tempoh 12 bulan, indeks harga pengguna (PPI) hanya mampu mencatat peningkatan 1.4% setahun pada bulan September. Peningkatan ini merupakan peningkatan paling rendah sejak November 2016, selepas mencat peningkatan 1.8% pada bulan Ogos. Pakar ekonomi menjangkakan bacaan PPI akan meningkat sebanyak 0.1% dan 1.8% setahun pada bulan September.

Dalam masa yang sama The Fed mensasarkan inflasi tahun ini mencapai bacaan 2% dengan berdasarkan kepada Indeks PCE yang menjadi ukuran polisi monetari. Pada bulan Ogos indeks PCE hanya mampu mencatat bacaan 1.8% setahun dan bacaan ini berada dibawah sasaran tahun ini.

Berdasarkan fakta-fakta ini, pakar ekonomi menjangkakan bank pusat Amerika Syarikat berkemungkinan akan mengurangkan kadar faedah mesyuarat polisi yang akan berlangsung pada 29-30 Oktober. Dalam masa yang sama, pakar ekonomi juga berpendapat bahawa perang dagang antara AS-China telah memberi kesan ke atas pelaburan perniagaan dan sektor pembuatan Amerika.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.