India Akan Dapat Vaksin Pada Januari 2021!

186

Menurut  sebuah syarikat India yang telah mendapatkan kontrak untuk membuat vaksin AstraZeneca Plc’s Covid mendedahkan bahawa vaksin tersebut akan mula diagihkan kepada pekerja penjagaan kesihatan dan orang tua India menjelang Januari kerana jumlah kes jangkitan di negara itu telah melepasi 9 juta pada hari ini.

Serum Institute of India, pengeluar vaksin terbesar di dunia, telah menghasilkan berjuta-juta dos vaksin yang sedang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Oxford sementara hasil dari percubaan peringkat akhir masih ditunggu.

Untuk pengetahuan semua, AstraZeneca yang berpangkalan di Britain telah menandatangani beberapa perjanjian pembekalan dan pembuatan dengan syarikat dan kerajaan di seluruh dunia.

Semalam, data yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet menunjukkan bahawa vaksin AstraZeneca menghasilkan tindak balas imun yang kuat pada orang dewasa yang lebih tua, dengan para penyelidik mengharapkan untuk mendedahkan hasil percubaan peringkat akhir menjelang Krismas.

Manakala syarikat Pfizer Inc dan Moderna Inc juga telah mengeluarkan data dari percubaan peringkat akhir yang menunjukkan lebih dari 90% keberkesanan pada calon vaksin mereka.

Hakikatnya, India juga meneliti kemajuan vaksin Pfizer dan Moderna, tetapi ketersediaan dan bekalan mungkin menjadi masalah dengan populasi sebesar India.

Berdasarkan sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Adar Poonawaala, ketua eksekutif SII, syarikatnya akan meminta kebenaran penggunaan kecemasan untuk vaksin AstraZeneca sebaik sahaja pihak berkuasa di United Kingdom meluluskan dan ianya boleh digunakan untuk masyarakat umum.

Di samping itu, vaksin berkenaan didakwa berharga antara $ 5 hingga $ 6 di pasaran runcit, tetapi kerajaan India akan mendapatkannya dengan harga lebih murah, kerana mereka akan membelinya secara pukal.

Tambahan daripada itu, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun untuk mendapatkan perlindungan bagi semua 1.3 juta penduduk India.

Umum mengetahui bahawa India mempunyai jumlah jangkitan kedua tertinggi di dunia, setelah Amerika Syarikat, tetapi kes jangkitan hariannya semakin merosot sejak mencapai rekod tertinggi pada bulan September. Mereka telah mencatatkan 45,882 jangkitan baru dan 584 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir dan kini telah mencatatkan lebih daripada 9 juta kes jangkitan Covid-19 dan 132,162 angka kematian dilaporkan.

Sementara itu, vaksin yang disokong pemerintah India, dibangunkan oleh syarikat swasta Bharat Biotech, didakwa akan dilancarkan seawal Februari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat