India Jadi Negara Pertama Haramkan Matawang Kripto?

1,298

Laporan terkini melaporkan bahawa India bakal mengusulkan undang-undang yang melarang matawang kripto,mengenakan denda kepada sesiapa yang melakukan perdagangan kripto di India dan bahkan mengenakan denda kepada kepada mereka yang memegang kripto. Perkara ini dinyatakan oleh salah seorang pegawai kanan kerajaan India.

Sebahagian pemain pasaran menafsirkan bahawa laporan ini dapat memberi impak negatif kepada pasaran kripto dan kesan terhadap berjuta-juta pelabur di India.

Rang undang-undang tersebut merupakan salah satu dasar paling ketat yang bakal diperkenalkan terhadap matawang kripto. Semua yang terlibat dengan matawang kripto baik dari segi pemilikan, pengeluaran, perlombongan, perdagangan dan pemindahan aset kripto akan dikenakan hukuman.

Langkah itu sejajar dengan agenda kerajaan pada bulan Januari yang berhasrat untuk mengharamkan matawang kripto seperti bitcoin. Laporan terkini ini membenamkan harapan pasaran yang sebelum ini megharapkan pihak berkuasa memberi peluang pasaran kripto beroperasi di negara tersebut.

RUU tersebut menyatakan bahawa terdapat tempoh 6 bulan bagi para pelabur mencairkan aset mereka, jika gagal maka denda akan dikenakan. Waluabgaimanapun, kandungan undang-undang ini belum rasmi, ia hanyalah berdasarkan maklumat orang dalam.

Para pegawai yakin undang-undang tersebut dapat disahkan sebagai undang-undang di bawah pemerintahan Perdana Menteri Narendra Modi. Setakat ini belum ada kenyataan balas dari Kementerian Kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat