India Tarik Semula Larangan Eksport Ubat Anti Malaria

190

Semalam, India telah memutuskan untuk menarik semula larangan eksport ubat anti malaria atau lebih dikenali sebagai hydroxychloroquine. Sebelum ini, ianya diwar-warkan sebagai ubat yang mampu untuk merawat COVID-19. Selain itu, hydroxychloroquine ini turut digunakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai pelindungan dirinya daripada wabak coronavirus.

Menurut menteri kimia India, Sadananda Gowda, Jabatan Farmaseutikal negara itu telah bersetuju untuk menarik semula larangan tersebut. Oleh itu, para pembekal perlu memasarkan 20% pengeluarannya ke pasaran domestik.

Untuk pengetahuan semua, India telah menguatkuasakan larangan eksport ubat berkenaan ketika penularan wabak COVID-19 serta bimbang ianya tidak dapat menampung keperluan penduduknya.

Walau bagaimanapun, India mengurangkan beberapa sekatan ini pada bulan April dan mengirimkan 50 juta tablet ubat itu ke Amerika Syarikat pada bulan yang sama. Meskipun ubat tersebut didakwa dapat meningkatkan risiko kematian dan serangan jantung, akan tetapi Donald Trump tetap mendakwanya sebagai penawar kepada wabak berjangkit, COVID-19.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan bahawa ujian terhadap ubat tersebut akan terus dijalankan bagi mengkaji potensi penggunaannya terhadap wabak coronavirus.

Berikutan dengan penarikan semula larangan ini, saham IPCA turun sebanyak 1.2%, manakala saham Cadila Healthcare mencatatkan peningkatan sebanyak 1% di pasaran Mumbai pada hari ini. Kedua-dua syarikat ini merupakan pengeluar ubat terkemuka di India.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat