India & UAE Bergabung Perkasa Transaksi CBDC Rentas Sempadan

34

“Bagus dua negara ni, cepat bertindak untuk kembangkan lagi CBDC.”

Bank pusat India, Reserve Bank of India (RBI) memeterai perjanjian bersama Bank Pusat Emiriah Arab Bersatu (CBUAE) sebagai sebahagian daripada usahanya untuk bangunkan lagi mata wang digital bank pusat (CBDC) kedua-dua negara.

Diperjelaskan lebih terperinci, RBI dan CBUAE menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Abu Dhabi bagi membolehkan inovasi dalam produk dan perkhidmatan kewangan secara bersama-sama.

Di bawah MoU tersebut, kedua-dua bank pusat perlu bekerjasama dalam pelbagai bidang fintech yang sedang berkembang, terutamanya CBDC dan meneroka kebolehoperasian antara CBUAE serta RBI.

CBUAE dan RBI didapati akan berganding bahu menjalankan proof-of-concept (PoC) dan perintis CBDC dua hala yang dapat memudahkan lagi transaksi kiriman wang serta perdagangan CBDC rentas sempadan.

Menurut Ajay Kumar Choudhary, Pengarah Eksekutif RBI berkata CBDC negaranya bakal bertindak sebagai alternatif kepada kripto selepas mereka melancarkan perintis rupee digital untuk sektor borong pada November tahun lepas dan sektor runcit pada Disember.

Tambahnya lagi, MoU tersebut juga sediakan kerjasama teknikal dan perkongsian pengetahuan tentang perkara berkaitan produk serta perkhidmatan fintech termasuk kewangan.

Kerjasama tersebut yang dapat menguji kes penggunaan rentas sempadan CBDC dijangka mampu mengurangkan kos, tingkatkan kecekapan urus niaga dan mengembangkan hubungan ekonomi antara India dan UAE.

Dalam pada itu, RBI pada bulan Februari mendedahkan bahawa 50,000 pengguna dan 5,000 peniaga telah menggunakan rupee digital.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat