Indikator Inflasi Pilihan The Fed Kekal Melonjak Naik Pada Bulan September! Ini Rincian Perlu Diketahui Pasaran

287

Indikator inflasi pilihan Rizab Persekutuan meningkat pada kadar tahunan 5.1% pada bulan September, menandakan lonjakan pantas harga teras apabila kos barangan harian daripada makanan kepada rawatan perubatan terus meningkat.

Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi teras meningkat 0.5% pada bulan September daripada bulan sebelumnya berdasarkan laporan Jabatan Perdagangan sebentar tadi. Bacaan bulan September catat penurunan sedikit dalam kadar bulanan daripada kadar 0.6% pada Ogos. Pakar ekonomi menjangkakan harga teras akan meningkat pada kadar bulanan 0.5% pada bulan September dan mempercepatkan kepada kadar tahunan 5.2%.

Menurut Michael Gapen, ketua ekonomi A.S. dengan BofA Global Research, bacaan indikasi PCE masih memberikan mesej yang sama bahawa kadar inflasi masih lagi tinggi dan ia dijangka tidak reda dengan cepat.

Walaupun Fed melihat pelbagai data ekonomi untuk menimbangka dasarnya, ia telah lama memihak kepada deflator PCE sebagai cara utamanya untuk menjejaki inflasi. Ia ditimbang secara berbeza daripada ukuran seperti indeks harga pengguna yang diperhatikan dengan teliti, dan meletakkan kurang kepentingan daripada CPI.

Data PCE bulan September ini memberikan gambaran tentang jumlah perbelanjaan isi rumah di tengah harga yang meningkat. Data juga akan menunjukkan sama ada pengguna terus menjimatkan wang atau membuat simpanan untuk menampung kos mereka yang semakin meningkat.

Indeks US dolar tidak banya berubah dan didagangkan masih kukuh sebanyak 0.18% kepada paras dagangan 110.620.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat