Individu Misteri Ini Miliki 70.2 Trilion SHIB Bernilai RM23.3 Bilion!
Ada pemilik Shiba Inu (SHIB) sudah bergelar jutawan selepas aset ini mencatatkan lonjakan harga yang luar biasa.
Trivia trilionair SHIB yang bertuah ini:
- Individu tersebut telah membuat pembelian SHIB bernilai $3,400 pada Ogos 2020 dalam Wrapped Ethereum (WETH).
- Pada hari ini nilainya telah mencecah $1.55 bilion Wrapped Ethereum (WETH).
- Dikatakan individu itu telah membeli SHIB sebanyak 44 kali pada Ogos 2020, menjadikan jumlah SHIB yang dimiliki adalah sebanyak 70,200,003,107,594.
- Sebagai rekod, SHIB telah mencatatkan peningkatan lebih 94,278,239.8% sejak tahun lalu sebelum didagangkan pada $0.00008858.
- Ini bermakna, nilainya sudah mencecah lebih $5.63 bilion (RM 23.3 bilion).
Shiba Inu terus membuat kejutan setiap hari. Nilai pasarannya kini mencecah $44.2 bilion, menjadikan ia aset ke-8 selepas berjaya mengatasi Polkadot (#9), USDC (#10), dan Dogecoin (#11).
Bagaimanapun ketika penulisan SHIB didagangkan pada $0.000077, susut hampir lebih 15% sejak merekodkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.00008845 sebentar tadi.
Tetapi SHIB masih kekal bertahan dengan peningkatan lebih 45% dalam 24 jam dan hampir 167% sejak minggu lalu.