Indonesia Teruja Menuju Pusingan Pertama Vaksinasi COVID-19

337

Indonesia dikhabarkan sedang meneliti sepenuhnya keperluan sumber manusia dan logistik bagi pusingan pertama program vaksinasi COVID-19 yang dijangka akan bermula pada hujung bulan ini atau Disember.

Menurut laporan, keperluan logistik bagi vaksinasi merangkumi rangkaian sejuk yang mana merupakan satu langkah bersiri diselaraskan dalam persekitaran bersuhu terkawal.

Ia memainkan peranan penting dalam penyimpanan, pengurusan dan pengangkutan vaksin ke seluruh dunia.

Ekoran daripada itu, Kementerian Kesihatan Indonesia telah berusaha menyiapkan rangkaian sejuk dan setakat ini pihak mereka telah berjaya mencapai 97% persiapan

Pihak pentadbiran negara juga telah menyediakan 739,722 pegawai perubatan profesional dan 23,145 pegawai vaksin untuk bertugas di pusat kesihatan masyarakat dan hospital seluruh negara.

Buat masa sekarang, Indonesia masih menuggu hasil percubaan tahap akhir vaksin COVID-19 yang dijalankan oleh syarikat farmaseutikal negara, PT Bio Pharma dengan kerjasama Sinovac Biotech Ltd China.

Percubaan dijangka akan berakhir pada bulan Januari.

Indonesia begitu bertuah kerana telah berjaya mendapatkan berjuta-juta dos vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh beberapa firma China dan syarikat farmaseutikal Britain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat