Industri Pasaran Daging Babi Yang Terjejas Bakal Pengaruhi Rundingan Dagang AS-China

391

Pasaran masih kekal memantau perkembangan hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang dikatakan bakal memulakan semula rundingan dalam masa yang terdekat selepas persetujuan dicapai pada persidangan G20 di Osaka Jepun tempoh hari.

Buat masa ini, petani-petani di Amerika Syarikat tidak terlalu bergantung kepada China untuk meningkatkan lagi perniagaan, namun apa yang membimbangkan adalah isu serangan penyakit babi di Afrika yang memberi kesan terhadap industri daging babi China, bakal mempengaruhi faktor perang dagang dan tarif.

Ahli pakar menjangkakan penyakit tersebut akan melenyapkan satu pertiga daripada pengeluaran daging babi China pada tahun ini, atau sekitar 18 juta tan. Jumlah tersebut adalah bersamaan dua kali ganda berbanding kadar eskport daging babi ke seluruh dunia setiap tahun, dan cukup untuk menampung makanan tersebut untuk rakyat di Amerika Syarikat selama hampir dua tahun.

Kesan daripada perang dagang antara Amerika Syarikat dan China pada mulanya mendesak pengeksport daging babi di Amerika Syarikat untuk mencari pasaran baru namun risiko terhadap krisis penyakit mendorong peluang baru untuk bekalan ke pasaran China pada tahun ini atau tahun hadapan.

Jika peternak khinzir di Amerika Syarikat mahu mengambil peluang untuk meningkatkan permintaan daging ke China, mereka tidak boleh menggunakan dadah ractopamine untuk tumbesaran khinzir mereka di mana bahan tersebut diguna secara meluas di Amerika Syarikat tetapi dilarang di China.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Kesatuan Eropah telah menyediakan bekalan sekitar dua pertiga import daging babi China, bersama Jerman, Sepanyol dan Belanda serta Denmark sebagai pembekal utama, menurut data kastam China.

Krisis wabak penyakit dari Afrika kini menjadi isu utama yang menjejaskan pasaran perdagangan daging babi ke seluruh dunia terutamanya ke atas perindustrian di China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat