Inflasi Australia Rendah, AUD/USD Semakin Tergelincir

259

Mata wang dolar Australia pamerkan penyusutan pada dagangan sesi Asia pagi ini berikutan reaksi pasaran terhadap data inflasi Australia yang diterbitkan.

Meleset berbanding jangkaan, indeks harga pengguna Australia bagi suku tahun pertama 2021 diterbitkan lebih rendah pada 0.6% berbanding jangkaan untuk kekal pada 0.9%.

Data yang menjadi tumpuan bank pusat ini pastinya akan mempengaruhi keputusan Reserve Bank of Australia (RBA) dalam menetapkan dasar pada mesyuarat terbarunya.

Pergerakan harga pada carta pasangan AUD/USD yang bergerak perlahan pada sesi Asia sekitar 0.77700 telah membuat penurunan sekitar 40 pips susulan data inflasi yang diterbitkan.

Penurunan harga sebenarnya telah mula dilihat sejak dagangan semalam selepas pergerakan harga pada awal minggu dilihat membuat kenaikan menguji rintangan 0.78100 dan masih belum berjaya ditembusi seperti corak pergerakan minggu lalu.

Namun pergerakan US dolar juga dilihat terhad untuk memberikan arah yang lebih jelas berikutan pelabur berwaspada menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Jika harga pada carta AUD/USD terus jatuh lebih rendah, paras sokongan minggu lalu pada 0.77000 akan diuji sebelum harga menuju zon RBS (resistance become support) 0.76500.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan boleh mencecah semula ke zon support 0.75300 yang telah menyokong kenaikan harga sebelum ini pada penurunan di penghujung Mac lalu.

Sekiranya dolar Aussie berjaya mengatasi US dolar pula, harga boleh membuat kenaikan semula menguji zon resistance 0.78100-0.78300.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 9 minggu berkemungkinan menuju ke paras sekitar 0.79000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat