Inflasi Australia Terus Melambung, Ini Perkara Perlu Diketahui Trader!

285

Tekanan harga pengguna semakin meningkat di Australia dengan kadar inflasi terus mengukuh ke paras tertinggi 21 tahun dengan kos bahan api dan makanan yang lebih tinggi kekal menjadi pemacu utama.

Indeks harga pengguna (CPI) dalam tiga bulan hingga Jun 2022, meningkat kepada 6.1% daripada setahun lalu, dan lebih tinggi berbanding suku pertama yang dicatatkan pada 5.1%.

Walaupun bagaimanapun, bacaan yang dicatatkan sedikit tersasar daripada jangkaan pasaran untuk kenaikan 6.3%. Meskipun begitu, harga pengguna kekal di paling tinggi sejak tahun 2001.

Harga makanan melonjak paling tinggi sejak suku ketiga 2011 kepada 5.9%, sementara kos pengangkutan pula kekal kukuh pada 13.1% apabila harga bahan api meningkat ke paras rekod untuk suku keempat berturut-turut.

Perang Rusia di Ukraine kekal menjadi faktor kepada lonjakan kos tenaga yang tinggi apabila lebih banyak sekatan dikenakan Barat ke atas Moscow.

Susulan bacaan yang sedikit meleset, pelabur kembali mengetepikan jangkaan untuk kenaikan 75 mata asas oleh Reserve Bank of Australia (RBA) dan sebaliknya mengekalkan unjuran peningkatan sebanyak 50 mata asas.

Dolar Aussie didagangkan susut ekoran bacaan data tersebut, selain turut terkesan dengan sentimen pasaran yang berisiko berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat