Inflasi Global Semakin Perlahan, Pelabur Emas Dijangka Bakal Untung!

1,959

Pada sesi Eropah semalam, harga emas menunjukkan kenaikannya walaupun agak perlahan. Trend ini berlaku apabila United Kingdom (UK) turut melaporkan ekonomi mereka mengalami kelonggaran cengkaman inflasi sama seperti Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Data rasmi menunjukkan penurunan dalam kenaikan harga barang kepada 4.6% pada bulan Oktober di UK berbanding ramalan 4.7%.

Ini sebagai penanda aras terendah dan penurunan ketara daripada 6.7% seperti yang dilaporkan pada bulan sebelumnya.

Namun, harga emas hari ini dan semalam menunjukkan sedikit penurunan yang tidak ketara iaitu sekitar $1,960.00 setelah kenaikan sebelumnya mencapai ketinggian paras $1,975.00.

Buat masa kini, nilai emas dilihat mendatar dan tidak mengalami perubahan yang signifikan dalam tempoh awal dagangan Asia.

Harga emas kekal stabil pada Sesi Asia berikutan data jualan runcit AS yang kukuh dan menguatkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan menamatkan dasar pengetatan.

Ramai pelabur berharap agar situasi inflasi ini bakal memihak kepada pihak berkuasa monetari dan menjangkakan pemotongan kadar faedah pada separuh pertama tahun depan.

Secara teknikal pada carta harga, emas kini telah menunjukkan pergerakan ‘zigzag’ sepanjang minggu ini sejajar dengan indikator pergerakan 200 hari harga.

Pelabur meletakkan harapan untuk harga emas mencapai semula ke paras $2,000.00, namun tetap bersedia dengan risiko kejatuhan semula harga ke paras lebih rendah seperti minggu sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat