Inflasi Jadi Perhatian, Ini Pandangan Ahli FOMC Perlu Diketahui ‘Trader’ Dalam Penetapan Kadar!

441

Pada pertengahan Mac yang lalu, bank pusat Amerika Syarikat (A.S) telah mengambil keputusan untuk menaikkan kadar faedah buat kali pertama sejak 2018 dan memberi indikasi bahawa the Fed akan jauh lebih agresif.

Sejak mesyuarat tersebut, ramai dalam kalangan pengubal dasar dan pemain pasaran tampil memberi pandangan mengenai kekerapan kenaikan kadar faedah yang wajar. Rata-rata meramalkan kenaikan kadar kepada kira-kira 1.9% menjelang akhir tahun.

Peralihan ketara dalam pendirian para penggubal dasar dalam tempoh yang singkat akan memberi indikasi kepada pasaran bagaima dasar akan ditetapkan pada tahun ini. Para trader future menjangkakan bahawa teh Fed akan meningkatkan separuh mata yang lebih besar pada bulan Mei dan Jun. Menjelang akhir tahun the Fed berkemungkinan akan menaikkan sehingga 2.5%.

Terdapat ahli FOMC lebih cenderung dovish walaupun tidak ramai dalan konsensus FOMC. Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari berpandangan bahawa tidak perlu berlebihan dalam kenaikan kadar, beliau kini mahu menaikkan kadar lagi 1.5 mata peratusan menjelang akhir tahun.

Manakala yang lain, pengurus Fed Chicago Charles Evans dan Fed San Francisco Mary Daly bersama Kashkari, Gabenor Fed Lael Brainard dan Presiden Fed New York John Williams memilih pendirian dasar yang lebih longgar dengan mengemukakan pandangan yang kurang dovish dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Disisi lain, Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic menyokong lebih banyak kenaikan kadar berbanding sebelum ini namun kebimbangan terhadap konfik Ukraine-Rusia menyebabkan ramalan kadarnya di bawah median. Pengerusi Fed Jerome Powell, memulakan spekulasi untuk kenaikan kadar yang lebih pantas dengan gesaannya minggu lepas supaya kadar dinaikkan “segera,”.

Inflasi berdasarkan ukuran pilihan Fed, indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi, meningkat kepada 6.4% pada bulan Februari, data pada Khamis menunjukkan, tertinggi dalam empat dekad dan lebih tiga kali ganda sasaran 2% Fed.

Tamsilnya, jika inflasi yang tinggi masih berterusan, permintaan berkurangan dan pasara buruh tidak bagus maka para penggubal dasar akan berhadapan cabaran yang sukara dalam membuat keputusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat