Inflasi Jadi Topik Hangat! Perjumpaan Biden Dan Powell Kini Jadi Perhatian Pasaran

345

Presiden Amerika Syarikat (A.S) Joe Biden dijadualkan akan bertemu Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell pada hari Selasa ketika inflasi terus melonjak tinggi dan memeras duit poket rakyat.

Mesyuarat ini akan menjadi mesyuarat pertama sejak pengesahan Powell untuk penggal kedua oleh Senat awal bulan ini sebagai usaha untuk mengurangkan kos petrol, makanan dan barangan pengguna yang telah menyebabkan inflasi ke paras tertinggi 40 tahun.

Biden dijangka akan mengulangi suara bahawa bank pusat mempunyai alat untuk menangani inflasi dan dalam masa yang sama membincangkan ekonomi A.S. dan global.

Ekonomi A.S. pada ketika ini mengalami pertumbuhan paling kukuh dalam hampir empat dekad pada 2021, selepas kerajaan menyumbangkan trilion bantuan COVID-19 ke dalam ekonomi, meningkatkan perbelanjaan pengguna yang secara tidak langsugn telah menyumbang kepada harga yang lebih tinggi.

Pada awal bulan ini, data menunjukkan jumlah pengangguran menyusut ke paras terendah dalam 52 tahun, membantu memacu pertumbuhan gaji. The Fed telah pun menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75% mata pada tahun ini dan merancang untuk menaikkan kadar sebanyak setengah mata peratusan lagi pada setiap dua mesyuarat seterusnya, dengan kemungkinan lebih banyak kenaikan akan berlaku selepas itu.

The Fed berharap inflasi sekurang-kurangnya bergerak pada kadar sederhana setelah syarikat-syarikat menyelesaikan isu rantaian bekalan yang rumit diselaikan. Powell disisi lain menjelaskan bahawa Fed tidak lagi bergantung pada itu, dan akan menaikkan kadar faedah setinggi yang diperlukan. Beliau melihat inflasi tinggi sebagai risiko ekonomi utama yang dihadapi negara. Atas dasar itu mengawal inflasi adalah satu keutamaan utama the Fed walaupun proses ini akan memberi kesan terhadap isi rumah dan firma.

Dalam ulasan Wall Street Journal yang diterbitkan pada hari Isnin, Biden berkata peranan utama Rizab Persekutuan adalah untuk mengawal inflasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat