Inflasi Jepun Dijangka Lepasi Sasaran 2%, Tiba Masa Tamatkan Pelonggaran?

240

Menuju mesyuarat dasar Bank of Japan (BOJ) pada minggu depan, kerajaan mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini dan menaikkan jangkaan inflasi melebihi sasaran bank pusat.

Perdana Menteri Fumio Kishida berkata bahawa ekonomi Jepun telah pulih secara sederhana berikutan kenaikan gaji yang stabil dan peningkatan perbelanjaan korporat yang kukuh.

Dalam unjurannya, kerajaan melihat pengembangan sebanyak 1.3% dalam ekonomi pada tahun fiskal semasa yang berakhir Mac 2024, iaitu susut daripada ramalan yang dibuat pada Januari sebanyak 1.5%.

Sementara keseluruhan inflasi pengguna pula dijangka akan mencecah 2.6% paa tahun fiskal ini, lebih tinggi daripada 1.7% yang diunjurkan pada Januari dan mengatasi sasaran bank pusat pada 2%.

Jangkaan itu dibuat menjelang mesyuarat dasar BOJ pada Jumaat depan, di mana ia juga akan mengeluarkan unjuran suku tahunannya yang baru.

Dengan jangkaan inflasi akan melebihi sasaran 2% bank pusat, adakah ia akan mendorong BOJ untuk menghentikan amalan dasarnya yang sangat longgar?

Mata wang yen didagangkan stabil berbanding greenback pada sekitar harga 139.53 pada sesi Eropah, gagal memberi reaksi terhadap laporan terbaru itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat