Inflasi Jepun Kekal Paling Tinggi 7 Tahun, Apa BOJ Akan Buat?

224

Inflasi tahunan Jepun kekal melebihi sasaran bank pusat untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Mei, menurut data yang dikeluarkan pada sesi Asia.

Indeks harga pengguna (CPI) berada pada 2.5% pada bulan Mei, tidak berubah daripada paras tertinggi 7 setengah tahun yang dicatatkan pada April dan menepati dengan jangkaan pasaran.

Ini juga merupakan peningkatan bulan ke-9 berturut-turut dalam inflasi tahunan, dengan harga makanan mencecah paras tertinggi dalam tempoh 7 tahun.

Sementara CPI teras (tidak termasuk kos makanan dan bahan api) pula dilaporkan meningkat 2.1 pada bulan lalu.

Ia kekal di atas sasaran 2% BOJ selepas kenaikan 2.1% pada bulan April yang dicatatkan buat kali pertama sejak April 2014.

Data tersebut secara tidak langsung mencabar pandangan Bank of Japan (BOJ) bahawa kenaikan inflasi baru-baru ini adalah sementara dan tidak menjadi faktor untuk pengetatan monetari.

Walaupun begitu, dengan pertumbuhan upah yang lemah, ramai penganalisis menjangkakan BOJ akan kekal fokus kepada merangsang ekonomi yang lembap dan bukannya melawan inflasi dengan kenaikan kadar faedah.

Dagangan yen kekal di sekitar paras terendah 24 tahun berbanding US dolar susulan penerbitan data tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat