Inflasi Malaysia 4.7%? Relax Masih Terendah Dalam Dunia Tu

391

‘Boleh naik lagi OPR lepas ni memandangkan inflasi negara masih terendah dalam dunia.’

Bacaan kadar inflasi tahunan Malaysia melonjak ke paras tertinggi 16 bulan pada 4.7% untuk bulan Ogos 2022 dari catatan 4.4% bulan lepas.

Peningkatan tersebut turut menandakan dari Januari ke Ogos tahun ini, kadar inflasi negara telah melonjak 3.1% berbanding unjuran 3.2% untuk tahun 2022 oleh pemain pasaran.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kenaikan pada angka inflasi tersebut adalah disebabkan pengukuhan permintaan domestik, kenaikan kos komoditi dan gangguan rantaian bekalan global.

Ikuti rincian menyeluruh komponen Indeks Kos Pengguna (CPI) Malaysia yang turut mengukur kadar inflasi.

  • Kos makanan naik 7.2% pada Ogos berbanding 6.9% pada Julai.
  • Kos perumahan tambah 4.1% berbanding 3.8%.
  • Kos pengangkutan turun 5.2% berbanding 5.6%.
  • Kos barangan perabot dan perumahan lonjak 4.3% berbanding 4.2%.
  • Kos barangan kesihatan canak 0.9% berbanding 0.8%.
  • Kos pakaian kekal pada 0.3%.
  • Kos rekreasi capai 2.7% berbanding 2.5%.
  • Kos pendidikan tidak berubah pada 1.2%.
  • Kos restoran dan hotel raih 6.4% berbanding 5.8%.
  • Kos barangan lain dan perkhidmatan mekar 2.4% berbanidng 2.1%.

Sementara itu, teras harga pengguna yang mengecualikan item makanan segar dan harga ditadbir turut meningkat 3.8% daripada 3.4% iaitu kenaikan paling tinggi dalam rekod.

Pada sisi berbeza pula, bacaan CPI baharu tersebut menandakan kadar inflasi Malaysia merupakan yang paling terendah dalam dunia.

Sebagai perbandingan, kadar inflasi zon Eropah untuk bulan Ogos adalah pada 9.1% sementara Amerika Syarikat (AS) pada 8.3%, Thailand pada 7.9%, Filipina pada 6.3% dan Korea Selatan pada 5.7%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat