Inflasi New Zealand Paling Tinggi Dalam Tempoh 32 tahun!

398

Inflasi New Zealand meningkat ke paras tertinggi 32 tahun pada suku pertama 2022, sekali gus membuktikan keputusan bank pusat untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas baru-baru ini adalah tepat.

Bagaimanapun, angka yang dicatatkan sedikit tersasar daripada jangkaan pasaran sehingga mendorong penyusutan dalam dagangan dolar kiwi pada sesi Asia.

Indeks harga pengguna (CPI) yang menjadi ukuran kepada kadar inflasi, meningkat 1.8% pada suku yang berakhir pada Mac daripada 1.4% yang dicatatkan pada suku akhir 2021. Kenaikan ini bagaimanapun tersasar dari jangkaan untuk meningkat 2.0%.

Sementara kadar inflasi tahunan pula meningkat 6.9% pada suku pertama yang menyusuli kenaikan 5.9 peratus dalam tempoh sebelumnya tetapi berada di bawah ramalan 7.1%.

Peningkatan ini adalah yang tertinggi sejak suku kedua 1990, di mana penyumbang utamanya didorong oleh kenaikan harga makanan, pembinaan dan perumahan.

Harga untuk pembinaan kediaman baharu meningkat sehingga 18% pada suku pertama berbanding setahun lalu, peningkatan terbesar yang dicatatkan sejak siri itu bermula pada 1985.

Bank Pusat New Zealand (RBNZ) telah meningkatkan kadar faedah pada pertemuan polisi minggu lalu, dengan menyatakan kebimbangannya terhadap jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang akhir tahun ini dan menyatakan keperluan untuk mengatasinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat