Inflasi Pengeluar China Menguncup, Tanda Ekonomi Semakin Lemah!

289

Salah satu pengukur inflasi China mengalami deflasi buat kali pertama dalam tempoh hampir dua tahun apabila harga komoditi global merosot dan sekatan Covid-19 yang berterusan melemahkan permintaan.

Menurut data yang dikeluarkan Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS), indeks harga pengeluar (PPI) tahunan China merosot 1.3% pada Oktober daripada kenaikan 0.9% yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Ini merupakan kejatuhan pertama dalam ukuran inflasi itu sejak Disember 2020 disebabkan kemerosotan harga besi dan keluli.

Sementara itu, inflasi pengguna pula terus mencatat peningkatan yang perlahan berikutan permintaan yang lemah menyebabkan harga kekal rendah. Indeks harga pengguna (CPI) meningkat 2.1% tahun ke tahun, menurun daripada kenaikan 2.8% pada bulan September.

Inflasi teras, yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang tidak menentu, dicatatkan tidak berubah pada 0.6% dan berada di bawah 1% sejak empat bulan lalu.

Berbeza dengan negara lain, harga pengguna dan pengeluar di China terus melemah kerana masih bergelut dengan penutupan Covid-19 yang berulang.

China juga menghadapi permintaan luar negara yang merosot apabila inflasi global yang tinggi dan kebimbangan kemelesetan menyebabkan pengguna membataskan perbelanjaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat