Inflasi, Perang Ukraine Antara Risiko Utama Dalam Sistem Kewangan AS – Fed

415

Federal Reserve (Fed) mendedahkan dalam laporan kestabilan kewangannya bahawa inflasi yang tinggi, volatiliti dalam pasaran saham dan komoditi lain serta perang di Ukraine telah muncul sebagai risiko utama kepada sistem kewangan Amerika Syarikat.

Dalam laporan yang dikemas kini sebanyak dua kali setahun itu, Fed memberi amaran bahawa risiko kemerosotan yang ketara secara tiba-tiba kelihatan lebih tinggi daripada biasa.

Hal ini kerana lonjakan drastik hasil perbendaharaan AS, masalah berkaitan perang dalam pasaran minyak dan faktor lain telah membebankan beberapa bahagian sistem kewangan.

Gabenor Fed, Lael Brainard memberitahu bahawa isi rumah dan perniagaan telah mengurangkan pinjaman mereka dan pada masa ini kelihatan mempunyai sumber untuk menampung beban hutang, yang merupakan aspek penting dalam daya tahan dalam persekitaran kadar faedah yang meningkat.

Laporan tersebut adalah yang pertama mengambil kira peralihan pantas dalam landskap kewangan yang telah berlaku sejak November lalu, termasuk pengetatan monetari lebih agresif oleh Fed, lonjakan inflasi dan perang Rusia-Ukraine.

Volatiliti dalam pasaran saham AS semakin meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang menyusuli lonjakan tinggi hasil bon AS berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Fed untuk memerangi inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat