Inflasi UK Cecah 9.1% Pada Bulan Mei, Tertinggi Sejak 1982!

368

Rakyat UK terus menanggung impak daripada kos sara hidup yang tinggi ketika inflasi yang dicatatkan pada bulan Mei terus berada di tahap tertinggi 40 tahun.

Terbaharu, Pejabat Perangkaan Nasional (ONS) melaporkan indeks harga pengguna (CPI) UK menepati jangkaan pasaran dengan meningkat kepada 9.1% daripada 9.0% yang direkodkan pada bulan terdahulu.

Bagaimanapun, secara asas bulanan harga pengguna dilaporkan hanya meningkat 0.7%, kurang daripada 2.5% yang dicatatkan pada bulan April.

Inflasi teras (tidak termasuk harga makanan dan petrol) juga menurun kepada 5.9% pada bulan Mei daripada 6.2% sebelumnya.

Antara penyumbang utama kepada peningkatan ini adalah harga barangan makanan dan bukan alkohol yang melambung kepada 8.7% pada bulan Mei, lonjakan terbesar sejak Mac 2009.

Bank of England (BOE) memberitahu pada minggu lalu bahawa inflasi mungkin kekal melebihi 9% dalam beberapa bulan akan datang sebelum memuncak sedikit di atas 11% pada Oktober apabila bil tenaga isi rumah terkawal dijangka meningkat semula.

Reaksi awal pound sterling susulan data ini menyaksikan mata wang itu merosot sekitar 0.8% berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat