Inflasi UK Melonjak Paras Tertinggi 40 Tahun, GBP/JPY Bakal ‘Meletup’?

371

Data inflasi tahunan UK yang diterbitkan pada awal sesi Eropah petang ini menjadi tumpuan bagi pelabur Pound untuk memantau pergerakan mata wang Britain itu.

Indeks harga pengguna UK mencatatkan angka yang meningkat kepada 9.4%, mengatasi jangkaan untuk meningkat kepada 9.3%, berbanding bacaan sebelum ini pada 9.1%.

Ini menjadi bacaan inflasi tertinggi UK untuk tempoh 40 tahun, iaitu sejak 1982!

Jom teliti pergerakan pada carta harga pasangan mata wang GBP/JPY di sesi Eropah.

Mata wang Pound dilihat tidak memberikan reaksi untuk pergerakan positif walaupun data inflasi Uk diterbitkan meningkat tinggi akan menguatkan lagi jangkaan untuk kenaikan kadar oleh bank pusat England.

Tambahan lagi, Bank of England (BOE) turut memberi isyarat yang sama seperti bank pusat Eropah, untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi terbaru.

Berkemungkinan reaksi awal penurunan Pound adalah disebabkan pelabur mula mengambil dahulu keuntungan untuk posisi terdahulu (price-in), untuk mendapatkan harga diskaun ekoran jangkaan untuk pengukuhan lanjut pada masa hadapan.

Justeru, tidak hairanlah jika harga pada carta GBP/JPY akan memaparkan penurunan seketika, namun pelabur akan waspada untuk beberapa zon penting bagi menilai isyarat pergerakan lanjut harga.

Untuk penurunan awal harga dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) pada 164.500, namun akan menjadi isyarat awal bagi perubahan trend bearish setelah penurunan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY.

Penurunan lanjut harga dijangka akan mencecah semula ke paras tumpuan sekitar support 162.00 untuk pergerakan bearish harga.

Namun jika Pound kembali mengukuh untuk menyambung peningkatan sebelum ini, kenaikan harga bakal diteruskan akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu dengan sasaran ke zon rintangan 168.00.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat