Inflasi UK Susut Dari Paras Tertinggi Kepada 3.0%, GBP Sedikit Lemah

396

Harga pengguna (Consumer price index, CPI) di UK seidkit susut dari paras tertinggi pada Disember seperti yang dkeluarkan oleh Pejabat Statistik pada Selasa.

Inflasi (CPI) susut dari 3.1% kepada 3.0% pada bulan lalu sejajar dengan jangkaan pasaran. Bacaan inflasi 3.1% adalah yang tertinggi sejak Mac 2012.

Harga teras (Core-CPI) yang tidak mengambil kira harga makanan, tenaga dan tembakau meningkat kepada 2.5% bulan lalu di bawah jangkaan 2.6% dan lebih rendah dari bacaan November yang mencatat kenaikan 2.7%.

Indeks harga runcit (Retail Price Index, RPI) meningkat 4.1% secara tahunan pada Disember berbanding bacaan sebelum ini 3.9%. Dari segi bulanan, RPI meningkat 0.8% lebih tinggi daripada November dan ramalan pasaran 0.6%.

Kejatuhan dari segi harga pengguna banyak disebabkan oleh harga tiket penerbangan dan harga barangan rekreasi khususnya permainan video dan mainan kanak-kanak.

“Kejatuhan harga sebahagiannya diimbangi oleh kenaikan harga tembakau berikutan kenaikan cukai dan juga kenaikan harga petrol dan diesel,” kata Pejabat Statistik.

Ketika ini GBP/USD sedikit susut selepas data ini dikeluarkan pukul 5.30 petang tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat