Inflasi Zon Eropah Cecah Rekod Baru, Melambung Ke 8.6% Pada Bulan Jun

422

Inflasi Zon Eropah mencatat rekod baharu dengan bacaan melepasi jangkaan pada bulan Jun, memperkuatkan lagi desakan untuk Bank Pusat Eropah (ECB) menaikkan kadar faedah lebih agresif.

Menurut data terbaharu yang dikeluarkan sebentar tadi, indeks harga pengguna (CPI) Eropah melonjak kepada 8.6% daripada tahun sebelumnya pada bulan Jun daripada 8.1% yang direkodkan pada Mei.

Bacaan yang dicatatkan juga sedikit lebih tinggi daripada jangkaan pasaran untuk peningkatan 8.5%.

Selain itu, inflasi teras (tidak termasuk harga tenaga dan makanan yang tidak menentu) dicatatkan sedikit menurun daripada bulan sebelumnya dengan bacaan 3.7% daripada 3.8%.

Walau bagaimanapun, data ini mencerminkan tekanan yang semakin meningkat pada isi rumah dan firma di seluruh Zon Eropah, di mana Perancis, Itali dan Sepanyol melaporkan paras tertinggi baharu sepanjang masa dalam laporan yang diterbitkan minggu ini.

Sementara di Jerman pula, ekonomi terbesar di benua itu hanya mengalami sedikit kelembapan ekoran pemotongan cukai bahan api dan diskaun pengangkutan awam yang sementara.

Reaksi awal yang ditunjukkan mata wang euro bagaimanapun hanya sedikit berubah, menyaksikannya didagangkan rendah pada 1.04550 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat