Inflasi Zon Eropah Pada 5% Adalah Sangat Pelik! Ini Penjelasan Ketua Ekonomi ECB

700

Pada hari ini, ketua ekonomi Bank Pusat Eropah Philip Lane telah membuat suatu kenyataan yang sedikit membimbangkan pasaran. Menurut beliau inflasi zon Eropah pada 5% kedengaran “sangat pelik” selepas tempoh pertumbuhan harga yang sedikit untuk tempoh yang lama, namun beliau yakin kadarnya akan turun tahun ini. Waima begitu pasaran masih mencuba mencerna kenyataan tersebut.

Inflasi bagi blok tersebut tanpa diduga meningkat daripada 4.9% kepada 4.8% pada bulan Disember. Bacaan ini menandakan paras tertinggi baharu bagi blok eropah dan ia telah melebihi dua kali gandar dari sasaran inflasi yang ditetapkan iaitu pada 2%.

Bagaimanapun, Lane mengulangi bahawa faktor ini adalah sementara dan tempoh dari 2020 hingga 2022 adalah sebahagian daripada “kitaran pandemik dalam inflasi” dan tidak boleh dibandingkan dengan norma sejarah.

Tambah Lane, inflasi tahun ini akan menurun dan akan berada di atas sedikit dari paras sasaran. Unjuran ECB sebelum ini bahawa inflasi akan melebihi sasarannya untuk 2022 secara keseluruhan sebelum jatuh “sedikit di bawah” sasaran pada 2023 dan 2024.

Beliau merasa hairan dengan bacaan terkini, menurut beliau sebelum pandemik inflasi ECB berada pada bacaan yang rendah untuk tempoh yang lama. Maka beliau jangkakan tahun ini inflasi akan berkurangan.

Lane memberitahu RTE bahawa walaupun harga tenaga yang tinggi menjadi kebimbangan utama, tekanan bekalan sepatutnya berkurangan dalam pasaran minyak dan gas tahun ini. Beliau juga tidak melihat keperluan untuk mengubah polisi kadar faedah atas faktor ini.

Walaupun unjuran ECB melihat inflasi kembali pada 1.9% menjelang suku keempat, kebanyakkan para penggubal dasar yang berpengaruh mempersoalkan naratif ini, terdapat risiko amaran inflasi ke arah angka yang lebih tinggi dan bacaan sasaran di atas boleh berterusan hingga tahun depan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat