Ingatkan USD Nak Menguat, Tapi…

802

Harapan untuk melihat US dolar mengukuh semula, musnah apabila mata wang gergasi itu kembali memaparkan kelemahan walaupun selepas keterangan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Kelemahan US dolar mengikuti penyusutan dalam hasil bon AS 10 tahun yang terkesan oleh kebimbangan pasaran terhadap risiko kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat susulan dari langkah agresif Fed untuk memerangi inflasi.

Dalam keterangannya di hadapan jawatankuasa Perbankan Senat, Powell terus mengulangi komitmen bank pusat untuk menurunkan inflasi dan kenaikan kadar faedah yang berterusan akan kekal dilaksanakan.

Tumpuan seterusnya beralih kepada keterangan Powell di hadapan jawatankuasa Dewan Rakyat pada sesi New York hari ini.

Sementara itu, indeks harga pengguna (CPI) UK sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi terbaharu 40 tahun dengan meningkat 9.1% pada bulan Mei.

Angka ini turut memberi kebimbangan mengenai kemelesetan memandangkan bank pusat England (BOE) perlu mengambil langkah menaikkan kadar untuk membendungnya, tetapi pada masa yang sama rakyat juga sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

Di Kanada, inflasi melonjak kepada 7.7% pada bulan lepas, tertinggi sejak Januari 1983. Reaksi yang dipamerkan dolar Kanada adalah meningkat, tetapi tidak ketara.

Bank pusat Kanada (BOC) telah menaikkan kadar sehingga tiga kali, dan peningkatan terbaru dalam inflasi mungkin memaksa mereka bertindak sekali lagi.

Dalam pada itu, fokus pasaran juga akan ditumpukan kepada penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari Zon Eropah dan UK pada sesi Eropah hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat