Ini 10 Blockchain Anda Patut Tahu Yang Tawarkan Platform NFT!

1,604

Pernah terfikir tidak untuk mempertimbangkan blockchain terbaik ketika membuat pengumpulan koleksi non-fungible token (NFT)?

Rata-rata peminat NFT selalu berhadapan dengan krisis kos gas dan transaksi yang mahal, terutama di Ethereum.

Sebenarnya, banyak aspek yang perlu dipertimbangkan dalam membuat pembelian NFT – sama seperti kita buat perbandingan harga barang dan kualiti  di pasaraya.

Disebabkan itulah, wajar jika pengumpul NFT untuk membuat kajian terlebih dahulu bagi mendapatkan koleksi yang berbaloi untuk dijadikan sebahagian daripada aset sedia ada.

Let’s go!

Selain Ethereum, ada banyak lagi rangkaian yang lebih maju dan menawarkan koleksi NFT menarik:

  • Flow
  • BNB Chain (dulu: Binance Smart Chain)
  • Cardano
  • Solana
  • Polygon
  • Algorand
  • Tezos
  • TRON
  • Avalanche

Melalui lambakan pilihan rangkaian inilah, beberapa aspek yang perlu pengumpul NFT mengkaji dekat supaya tidaklah begitu ralat selepas membuat keputusan.

Kelajuan transaksi

  • Blockchain yang menawarkan transaksi laju berpotensi untuk menarik lebih ramai pengguna.
  • Kelajuan transaksi membawa kesan yang besar terhadap kos transaksi.
  • Jika blockchain memproses transaksi dalam kadar yang perlahan, pengguna terpaksa membayar kos yang lebih tinggi supaya menjadi keutamaan miner.

Kos transaksi

  • Sebuah NFT boleh jadi sangat mahal kerana kos transaksinya sahaja.
  • Sedangkan banyak lagi koleksi NFT yang memiliki ‘harga rakyat’, cuma kena pandai pilih rangkaian.
  • Kos transaksi yang murah mendorong kepada penerimaan NFT yang lebih luas.

Kebolehan kontrak pintar

  • Semua platform NFT memiliki sokongan kontrak pintar yang diaplikasikan di blockchain.
  • Kontrak pintar yang berteknologi tinggi menawarkan perlindungan ketat untuk platform NFT.
  • Bahasa pengaturcaraan bagi perlaksanaan kontrak pintar di blockchain juga penting.

Mekanisme Konsensus

  • Konsensus Proof of Work (PoW) lebih banyak berhadapan dengan masalah sekuriti berbanding Proof of Stake (PoS).
  • Delegated PoS (DPoS) dan Leasing PoS (LPoS) setara dengan PoS cuma lebih maju dan canggih.
  • Proof of History (PoH) dan Proof of Authority (PoSA) jauh lebih ekslusif berbanding keempat-empat konsensus tadi.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat