Ini 3 Sebab Bitcoin Akan Melonjak Pada Penghujung Ogos

348

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Bitcoin (BTC) menutup dagangan untuk bulan ini, kedudukan pasaran matawang kripto itu semakin menunjukkan isyarat kenaikan.

Dagangan BTC pada minggu hadapan dijangka akan melonjak tinggi berdasarkan tiga sebab iaitu pergerakan mendatar yang agak panjang, rintangan utama telah berjaya ditembusi serta penilaian tempoh bagi niaga hadapan BTC serta kontrak option.

Bitcoin pamer pengukuhan setiap minggu

Harga BTC menyaksikan lonjakan sebanyak $12,486 di Coinbase pada 17 Ogos lalu, mencatat rekod tertinggi tahunan terbaru. Namun selepas itu, harga BTC mendatar agak lama dan tidak lagi berjaya tembus melebihi nilai $12,000 semula.

Manakala sejak 19 Ogos, harga BTC kekal di sekitar 4.5%, satu julat yang tinggi bagi BTC.

Tempoh tamat kontrak semakin hampir

Walaupun niaga hadapan Deribit Bitcoin tidak mencatatkan rekod tinggi seperti pada Jun, dikatakan pada 28 Ogos, terdapat kontrak option terbuka bernilai $500 juta.

Tamatnya kontrak option Ogos dan kontrak niaga hadapan secara serentak akan menyebabkan pergerakan besar terhadap harga BTC seperti yang didakwa pakar penganalisa matawang kripto, Josh Olszewicz.

Bitcoin perlu atasi paras rintangan bernilai $11.9K

Untuk pengetahuan, pada awal Ogos harga Bitcoin gagal berada di paras $11,900 sebanyak dua kali dan kedua-duanya menyaksikan jualan besar tidak lama kemudian.

Dalam tempoh 24 jam, Bitcoin sekali lagi gagal berada di paras antara $11,800 hingga $11,900. Jika penyusutan ini tetap berlaku dalam masa terdekat, tidak mustahil jika matawang tersebut akan susut jauh lebih rendah.

Sementara itu, berdasarkan kenyataan pengkaji di Glassnode, rantaian asas BTC sedikit menyusut pada minggu 34. GNI kehilangan 6 mata, susut dari 71 kepada paras terkini iaitu 65 mata. Hal ini berlaku berikutan penurunan dalam sentimen subindeks, termasuk Network Health dan Liquidity.

Secara amnya, pertembungan faktor-faktor di atas akan mendorong kepada peningkatan harga utama matawang kripto Bitcoin.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat