Ini 3 Sebab Whales Sedia Lambungkan LTC Tembus $100!

222

“Wow, adakah harga LTC akan naik sampai tu sebelum halving?”

Mata wang kripto Litecoin (LTC) yang mungkin melaksanakan acara halving ketiga pada 10 Ogos 2023 bakal mendorong harganya melonjak tinggi susulan bekalan aset akan semakin berkurangan manakala permintaan pula semakin meningkat.

Meskipun begitu, terdapat tiga perkara yang dapat memberi petunjuk untuk kenaikan harga LTC menjelang acara halving.

Pertama, perbincangan berkenaan acara halving LTC20 yang semakin hangat di kalangan para pelabur telah menjadi punca harganya semakin mencanak susulan pedagang mula menunjuk minat terhadap aset digital itu.

Sementara harga LTC turut melonjak apabila nilai dipindahkan pada blockchain aset digital tersebut memuncak, di mana terdapat peningkatan stabil dalam jumlah transaksi dalam rantaian LTC sejak 8 Mei 2023.

Menurut Brian Quinlivan, pengarah pemasaran dan pakar Santiment berkata bahawa pelabur wallet besar mahupun pemain besar dalam ekosistem akan semakin berminat terhadap LTC jika jumlah urus niaganya terus meningkat.

Walaupun address aktif berkurangan sepanjang minggu lalu, pakar menjangkakan harga LTC mampu melantun semula semasa acara halving LTC20 kerana jumlah address yang berinteraksi di rangkaian aset digital itu baru-baru ini melonjak.

Sudah sedia maklum LTC pada masa ini berada pada paras $89, tetapi harganya berupaya mendaki tinggi susulan whales didapati menyasarkan aset digital tersebut untuk lepas $100 sebelum membuat pembetulan.

Hal ini kerana terdapat gelombang antara 500 sehingga 600 transaksi melebihi nilai $1 juta pada rangkaian LTC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat