Ini 4 Senarai Syarikat Teknologi Gergasi Dunia Dengan Nilai Saham Cecah $1 Trillion!

687

Empat syarikat teknologi terbesar dunia semalam menyaksikan lonjakan nilai syarikat masing-masing mencecah lebih $1 trilion, membuktikan ketahanan industri teknologi walaupun ekonomi berdepan cabaran pandemik global, kemelesetan dan pengangguran.

Sebelum ini syarikat tersebut mencatat rekod yang sama sebelum pandemik Covid-19 menyerang Amerika Syarikat (AS) pada awal tahun ini dan bertahan sehingga Februari.

Alphabet merupakan yang terbaru menembusi semula rekod trilion dengan nilai pasaran $1.02 trilion pada penutupan dagangan.

Apple bernilai $1.64 trilion disusuli Microsoft pada nilai $1.61 trilion.

Manakala Amazon, yang sedia maklum bertahan kerana norma kehidupan baharu, dengan peningkatan aktiviti pembelian dari rumah, mengakhiri pasaran pada nilai $1.52 trilion.

Penilaian tersebut telah didorong oleh saham yang menguat di pasaran AS. Dow Jones Industrial Average telah melonjak 459 mata, atau 1.78%, manakala S&P 500 melonjak kepada 1.59%.

Nasdaq Composite mencatatkan rekod tertinggi sepanjang masa dengan lonjakan 2.21%.

Pandemik yang menyerang dunia mendorong kepada peningkatan dalam penggunaan teknologi sepanjang 2020 dan diramalkan akan terus berkembang. Sejauh manakah keuntungan syarikat besar ini mampu dicapai?

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat