Ini 5 Negara Yang Terpaling Kripto! (Bahagian I)

3,030

Kalau sebelum ini kita ‘menjelajah’ ke 50 negara yang menyekat mata wang kripto, apa kata kali ini intai pula 5 negara kripto yang paling berpengaruh di dunia.

  • London, England
    • Dianggap sebagai hub kewangan terbesar yang berupaya menarik pelabur kripto.
    • Namun Financial Conduct Authority (FCA) di United Kingdom (UK) tidak gemarkan kehadiran kripto.
    • Disebabkan itu Binance tidak betah berada di negara itu.
  • Cheyenne, Wyoming
    • Negeri ini telah bekerjasama dengan beberapa industri swasta untuk membangunkan teknologi blockchain dan memperkenalkan undang-undang kripto.
    • Dikhabarkan Kraken, Avanti dan lebih banyak platform pertukaran kripto sedang beralih ke kawasan ini.
    • Mujurlah ada senator Cynthia Lummis yang terkenal sebagai ‘ibu kripto’, menggalakkan pertumbuhan kripto.
  • Lagos, Nigeria
    • Bandar terbesar dan memiliki ekonomi terbesar Afrika.
    • Popular sebagai ibu negara yang tidak terkesan dengan dasar monetari bank pusat dan sekatan terhadap mata wang kripto.
    • 2021 – Nigeria mengungguli carta jumlah dagangan peer-to-peer (P2P), berada di tangga kedua selepas Amerika Syarikat (AS).
  • Tel Aviv, Israel
    • Dikatakan sebanyak 90 syarikat blockchain telah bertapak di kawasan tersebut.
    • Salah satunya, Unbound Security yang menggunakan kriptografi versi baharu untuk penyimpanan aset digital yang kemudiannya dimiliki oleh Coinbase pada November 2021.
    • Syarikat pinjaman Bitcoin, Celsius Network juga berada di sana sejak Februari.
  • Zug, Switzerland
    • Dikenali sebagai ‘Crypto Valley’.
    • Terletaknya ibu pejabat Ethereum Foundation.
    • Pesaing Ethereum: Tezos, Dfinity, Bancor, dan Cardano turut berlabuh di di Zug.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat