Ini 6 Altcoin Yang Diramal ‘Meletop’ Pada Tahun 2023

4,756

Walaupun pasaran mata wang kripto menyusut 1.52% dalam tempoh 24 jam lalu dan menurunkan jumlah had pasaran kepada $923.12 bilion, ini mungkin dilihat sebagai peluang yang baik oleh para pelabur. Oleh demikian, berikut adalah 6 altcoin yang berkemungkinan akan ‘meletup’ pada tahun 2023.

  • Ethereum (ETH)

Nombor 6 dalam senarai adalah kripto kedua terbesar iaitu ETH termasuklah merupakan altcoin terbesar mengikut paras pasaran.

Pelabur kripto pernah mempersoalkan sama ada ETH sudah kehilangan persaingannya dalam pasaran pada 2 tahun lepas, tetapi acara The Merge baru-baru ini seharusnya membawa keyakinan kepada para pelabur.

  • Polygon (MATIC)

Di nombor 5 dalam senarai adalah Polygon (MATIC), difahamkan skala Layer-2 yang dibangunkan dapat mempercepatkan masa transaksi serta mengurangkan kos transaksi pada rangkaian ETH.

Malah MATIC akan menyaksikan kenaikan harga apabila ekosistem ETH berkembang dalam beberapa bulan akan datang .

  • Ripple (XRP)

Ripple (XRP) berada di nombor 4 dalam senarai kerana menjadi token yang mematuhi ISO 20022 yang boleh digunakan dalam ruang perbankan dan berpotensi menggantikan sistem SWIFT* semasa.

*Sistem permesejan yang digunakan oleh institusi kewangan di seluruh dunia untuk menyampaikan arahan berkaitan berpuluh juta transaksi setiap hari

Difahamkan, syarikat Ripple juga sedang berada dalam pertempuran undang-undang bersama SEC selama 2 tahun.

  • Algorand (ALGO)

Token yang menduduki tempat ketiga dalam senarai adalah Algorand (ALGO) yang juga mematuhi ISO 20022 dan berpotensi berintegrasi dengan sistem SWIFT semasa.

ALGO merupakan rangkaian blockchain berskala yang boleh digunakan untuk berurus niaga dengan pelbagai mata wang kripto serta token ALGO.

  • Cardano (ADA)

Cardano (ADA) pula menduduki tempat kedua dalam senarai berikutan pelancaran kemas kini Vasil hard fork baru-baru ini serta pelan hala tuju pertumbuhannya tahun depan.

Menurut makmal pembangunan ADA Ken Kodama, syarikat tersebut akan melabur lebih $200 juta dalam tempoh 3 tahun akan datang bagi meningkatkan pertumbuhan ekosistemnya.

  • Chainlink (LINK)

Di bahagian paling teratas dalam senarai adalah syarikat oracle blockchain, Chainlink (LINK) dimana ekosistemnya telah berkembang kepada lebih 1,500 projek.

Sementara itu, SWIFT baru-baru ini juga mengumumkan perkongsiannya dengan syarikat data blockchain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat