Ini 7 Sebab Solana Bakal Jadi Rebutan Pada 2024!

977

“Wow banyaknya sampai ada 7 sebab, korang pun setuju ke dengan senarai di bawah ini?”

Dicipta sebagai rangkaian kontrak pintar, Solana (SOL) telah memantapkan dirinya sebagai salah satu pesaing utama Ethereum (ETH) kemudian terus berkembang selama bertahun-tahun. Oleh itu, berikut adalah 7 sebab utama mengapa pelabur tertarik bagi membeli SOL.

1. Harga Lebih Murah

SOL adalah salah satu kripto paling menarik dan berkualiti susulan harganya lebih murah pada $95.09 berbanding Bitcoin (BTC) serta Ethereum (ETH) yang kini didagangkan pada paras $42,415 termasuk $2,279.

2. Potensi Pertumbuhan Harga Bersejarah

SOL mempunyai sejarah hebat dalam mengatasi prestasi pasaran umum susulan pada 2023, SOL naik 700% untuk disenaraikan sebagai berprestasi terbaik di kalangan top 20 dan memiliki kadar pemulihan yang agak kukuh.

Jadi di sini dapat dilihat SOL mungkin akan mengatasi prestasi pasaran pada tahun ini dan pembeli boleh memperoleh keuntungan secara keseluruhan.

3. Fungsi Kontrak Pintar

SOL telah mendapat reputasi tinggi susulan kelajuannya yang pantas, kos rendah dan keupayaan untuk membuat skala lebih baik daripada rangkaian pesaing lain.

Ia juga memperkenalkan beberapa inovasi baharu seperti DePIN dan xNFT yang membantunya terus berada di hadapan kemudian meningkatkan daya tarikannya dan memberi kesan positif terhadap harganya.

4. Solana Mobile

Sebagai rangkaian blockchain pertama yang melancarkan telefon, SOL secara beransur-ansur memasuki dunia teknologi moden dengan matlamat untuk memudahkan akses pada Web3.

Bersama Solana Mobile Saga dan versi naik tarafnya, blockchain ditetapkan untuk menarik lebih ramai pengguna dan pada masa yang sama memacu lebih banyak utiliti pada token SOL.

5. Penerimaan Perusahaan

Dengan membuka ekosistemnya untuk pelbagai inovasi, SOL telah menjadi pilihan menarik untuk para inovasi dalam dunia teknologi lebih luas untuk menyertainya.

Antara projek paling bercita-cita tinggi dianjurkannya ialah Helium iaitu sebuah protokol yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi kepada penduduk Amerika Syarikat (AS), di mana ia turut memperkenalkan rangkaian 5G mampu milik di negara itu.

6. Pembangun Dan Komuniti Yang Komited

Selain dedikasi co-founder Anatoly Yakovenko dan sekumpulan pembangun yang menyumbang pada protokol, blockchain SOL juga mempunyai komuniti yang tidak ternilai dalam menggunakan aplikasi serta penyelesaian dikaitkan dengan blockchain.

7. Sentimen Pasaran Umum

Sebaik sahaja BTC berada dalam momentum positif, pasaran altcoin secara amnya juga dapat menunjukkan pergerakan naik yang ketara.

Rentetan itu, pelancaran spot BTC ETF dan acara halving yang akan datang bersedia untuk mendorong harga BTC bullish dan SOL berada pada kedudukan baik untuk memanfaatkan kenaikan itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat