Ini Adalah Sebab NZD/USD Melonjak Lebih 70 Pips Daripada Paras Terendah Hari Ini

45

Dolar jatuh berbanding pasangan utama yang lain pada hari Rabu berikutan para pelabur kekal berhati-hati dengan pergerakan pasaran menjelang keputusan mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.

Euro mengukuh berbanding dolar dengan EUR/USD naik 0.12% kepada 1.2010, paras tertinggi seminggu lalu.

Matawang safe haven yen dan swiss franc juga menguat dengan USD/JPY jatuh 0.15% kepada 111.43 manakala USD/CHF susut 0.14% kepada 0.9614 pada jam 3.30 petang.

Matawang kiwi terus mengukuh dengan NZD/USD melonjak hampir 70 pip daripada paras terendah selepas hari ini. Selain daripada disokong oleh bacaan akaun semasa New Zealand yang positif awal pagi apabila bacaan defisit kurang daripada jangkaan, pandangan awal undian pilihan raya New Zealand yang dikeluarkan oleh media rasmi mereka sebentar tadi turut menjadi penyebab kepada pengukuhan matawang ini.

Pandangan pilihan raya awal menunjukkan undian memihak kepada parti kerajaan berbanding parti utama lawan, Parti Labour. Hal ini sekali gus memberi kekuatan kepada New Zealand dolar berbanding matawang global.

Hasil bon US yang kurang mendapat perhatian menyebabkan hasil bon sedikit jatuh, meningkatkan permintaan pada matawang yang mempunyai hasil pulangan lebih tinggi seperti Kiwi.

Pasangan matawang NZD/USD naik 0.63% daripada pembukaan harga, lebih 70 pip daripada paras terendah hari ini kepada $0.7360 manakala AUD/USD juga meningkat ke paras $0.8040, naik 0.37%.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain jatuh 0.12% kepada 91.52 pada jam 3 petang.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat