Ini Adalah Sentimen Semasa Yang Wajib Anda Tahu Setakat Ini

58
  • Pasaran Pertukaran Matawang Asing

Dolar US mengukuh berbanding euro dan sterling dengan Indeks US dollar melonjak dan tutup di paras 92.44, naik 0.53% pada sesi yang lepas.

Ketidaktentuan politik di zon Eropah muncul selepas Parti CDU di Jerman tidak berjaya membawa pulang majoriti kerusi di parlimen pada pilihan raya kali ini, memaksa mereka untuk membentuk kerajaan campuran apabila Parti Sosial Demokrat (SPD) yang sebelum ini merupakan rakan kongsi kecil CDU menjelaskan mereka akan bersama pihak pembangkang.

Matawang Euro yang lemah berbanding dollar kini sudah memasuki zon support 1.1860/30. Euro dijangka mengukuh jika CDU berjaya membentuk kerajaan campuran bagi menjamin majoriti mereka di parlimen.

Pound sterling lemah berbading dollar pada pasaran New York semalam dengan melihat kejatuhan hampir 90 pip, memecahkan paras support penting pada 1.3445.

Pengukuhan dollar disokong oleh kenyataan hawkish dalam ulasan ahli-ahli Fed semalam, meningkatkan keyakinan pelabur terhadap kenaikan kadar feadah tahun ini. GBP/USD kini bergerak dalam zon resistence/support : 1.3485/30

Matawang safe haven, Yen (JPY) dan Swiss Franc (CHF) berjaya menguasai pasaran secara keseluruhan dengan mengukuh berbanding semua matawang lain termasuk dollar sepanjang sesi dagangan semalam. Kesemua pasangan matawang Yen dan Franc telah memecah paras support yang signifikan. Kini pergerakan harga akan meneliti zon support/resistance bagi mencari arah yang lebih jelas.

Pengukuhan matawang safe haven didorong oleh kejatuhan mendadak saham Wall Street akibat tekanan geopolitik antara Korea Utara dan Amerika, menyebabkan kebanyakkan pelabur menarik keluar modal mereka daripada aset berisiko seperti saham dan pasaran forex kepada pasaran safe haven.

  • Pasaran saham

Berikut adalah pergerakan semasa saham Asia setakat jam 9.15 pagi:

Nikkei 225 (Jepun) : -0.08%
KOSPI (Korea Selatan) : -0.73%
ASX 200 (Australia) : -0.18%

Berikut pula adalah pergerakan indeks hadapan Wallstreet:

Dow Jones Futures : -0.11%
Nasdaq Futures: -0.12%
S&P 500 Futures: -0.11%

Pergerakan saham penting bagi melihat risk appetite para pelabur dalam pasaran semasa. Anda perlu perkuatkan analisis fundemental untuk memahami risk appetite melalui saham.

  • Pasaran Bon

Pasaran bon Amerika Syarikat jatuh mendadak kesan sentimen risk-off. Berikutan adalah jumlah peratusan penyusutan nilai bon pada penutupan semalam:

US-10Y Yield : -1.72%
US-5Y Yield : -1.87%
US-30Y Yield : -0.92%

  • Pasaran Komoditi

Risiko geopolitik muncul selepas Menteri Luar Negeri Korea Utara, Ri Yong Ho mengancam akan melepaskan tembakan pada pengembom Amerika. Hal ini menyebabkan salah satu intrumen safe haven iaitu emas naik mendadak sebanyak 1.26%, dan tutup pada harga $1,311.41 per auns. Emas terus mendapat permintaan di sesi Asia hari Selasa dengan meningkat 0.11% setakat jam 9.20 pagi.

Pasaran minyak semakin positif dan rancak dengan penutupan tertinggi sesi yang lepas:

Minyak mentah WTI: +2.88%
Minyak Brent: +3.02%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat