Ini Adalah Tiga Sebab Utama Senjata Nuklear Korea Utara Ditakuti Kuasa Dunia

864

Pada tahun 1945, satu detik hitam di negera Jepun apabila Amerika Syarikat meledakkan bom atom ‘Little Boy’ di Hiroshima dan Nagasaki. Peristiwa bersejarah ini menjadi titik kepada peralihan kuasa dunia dari London ke Washington.

Sebelum berakhir abad ke-20, muncul tujuh negara lain yang turut bersama melepaskan sejata nuklear mereka seperti Rusia (ketika itu dikenali sebagai Soviet Union) 1949 (RDS-1), United Kingdom 1952 (Hurricane), Perancis 1960 (Gerboise Bleue), China 1964 (596), India 1974 (Smiling Buddha) dan Pakistan 1998 (Changai-1). Israel juga dikhabarkan mempunyai senjata bom atom berikutan insiden Vela pada tahun 1979.

# Korea Utara Negara Ke-9

Korea Utara secara rasminya tersenarai sebagai pemilik senjata nuklear ke-9 pada pada 9 Oktober 2006 selepas mereka mendakwa telah berjaya menguji senjata tersebut. Namun begitu, berdasarkan risikan Amerika, daya ledakan bom ketika itu begitu kecil dengan anggaran sekitar 1 kiloton sahaja.

Bermula tahun 2006, beberapa siri ujian peluru berpandu dilepaskan. Berdasarkan risikan, 7 kiloton ledakan dikesan pada tahun 2009, kemudian 12.2 kiloton sekitar tahun 2012-2013. Selepas itu diikuti dengan siri ujian yang lebih kerap sehingga masuk ke tahun 2016, Korea Utara berjaya menghasilkan kekuatan senjata nuklear yang mencecah 17.8 kiloton.

Tahun 2017 merupakan tahun paling berjaya buat Korea Utara. Jom kita lihat 3 sebab senjata bom atom Korea Utara amat digeruni ketika ini:

1) Bom Atom Korea Utara Paling Kuat

Pada tanggal 3 September 2017, Korea Utara telah menjalankan satu ujian senjata nuklear yang jelas paling berjaya pernah mereka capai selama ini dengan impak kekuatannya (120 kiloton) hampir lapan kali ganda berbanding bom atom yang digugurkan di Hiroshima sehingga membunuh sekurang-kurangnya 75,000 orang.

2) Bukan Bom Nuklear Biasa

Selain itu, bom nuklear yang diuji Pyongyang kali ini bukanlah sejenis bom nuklear biasa yang pernah mereka lepaskan sebelum ini, sebaliknya bom hidrogen yang memiliki kekuatan termonuklear.

Sumber: Berita Harian

3) Peluru Berpandu Balisitik (ICBM) Sejauh 10,000 km

Sejak April hingga Ogos tahun ini, Korea Utara turut berjaya meningkatkan keupayaan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang berpotensi dihantar terus ke Alaska, Hawaii, Chicago dan Denver di AS. Dan pada Julai yang lalu, Hwasong-14 berjaya diuji dengan jangkauan jarak sekitar 6,000 – 10,000 kilometer.

Sumber: Reuters

Pyongyang secara terbuka menyatakan bom hidrogen yang berjaya diuji baru-baru ini akan dipasang bersama ICBM seperti Hwasong-14. Penglibatan senjata nuklear dalam peperangan bukan sahaja akan melemahkan ekonomi serantau, tapi boleh mematikan ketamadunan sesebuah tempat. Di harap Amerika dan PBB dapat menyelesaikan ketegangan ini sebelum hal lebih buruk berlaku

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat