Ini Antara Saham Global Yang Mungkin Selamat Daripada Tempias Perang Dagang – Menurut Goldman Sachs!

335

Pada pembukaan pasaran pada minggu ini telah dikejutkan dengan tindakan Presiden Donald Trump yang ingin meningkatkan tekanan terhadap China dengan mengancam kenaikkan kadar tarif. Trump telah mengancam untuk naikkan tarif terhadap barangan China sehingga hal ini teleh menyebabkan sejumlah bilangan bursa saham merosot.

Juster buat para pelabur yang mengkhuatirkan impak perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, ini antara pasaran saham yang boleh dipertimbangkan menurut Goldman Sachs.

Menurut David Kostin, pengurus strategi ekuiti Goldman Sachs, ketika ini pasaran saham terus menujukkan kejatuhan dan para pelabur juga semakin bimbang dengan ancaman Presiden Donald Trump mengenai tarif baru. Dalam keadaan seperti ini, para pelabur boleh menumpukan pada saham yang dapat memberi pulangan dividen dalam jangka masa panjang, syarikat yang memiliki kos buruh yang rendah dan sektor perkhidmatan yang lebih berorientasikan domestik.

Tambah Kostin, “pada ketika ini, kami sedang meninjau beberapa saham perkhidmatan telekomunikasi”. Saham AT&T T antara saham yang memberi pulangan dividen yang tinggi. Dalam masa yang sama, para pelabur juga boleh mempertimbangkan syarikat yang terdedah dengan kos buruh yang rendah termasuk Facebook FB dan Google.

Kebiasaanya syarikat perkhidmatan tidak begitu sesitif terhadap kadar tarif jika dibandingkan dengan syarikat lain. Pengeluar-pengluar semikonduktur, mesin dan barang tani antara yang terkesan dengan ancaraman Presiden Trump yang ingin menaikkan kadar tarif terhadap barangan China.

Selain itu,para pelabur juga boleh mempertimbangkan saham-saham syarikat yang berorientasikan domestik atau bersumber dalam domestik.

Buat anda yang sering melabur saham-saham Amerika Syarikat harus diketahui, menurut David Kostin, “70% hasil syarikat-syarikat Amerika Syarikat adalah domestik, maka apabila ada isu tarif, ada beberapa sektor yang terkena lebih tempias berbading sektor lain”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat