Ini Bacaan Terbaru Data Pekerjaan UK Dan Impaknya Pada Pound!

419

Pelabur gagal memberi reaksi terhadap bacaan terbaru data pekerjaan UK yang menunjukkan bacaan positif pada bulan November.

Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan kadar pengangguran UK menepati jangkaan untuk menurun kepada 4.2% daripada 4.3%, menandakan pemulihan dalam pasaran pekerjaan terus bergerak di landasan yang betul.

Sementara itu, jumlah tuntutan pengangguran pula menunjukkan kejatuhan ketara sebanyak 49,800 berbanding 14,900 yang direkodkan sebelum ini.

Purata pendapatan mingguan UK, tidak termasuk bonus, mencapai 4.9% dalam tempoh tiga bulan sehingga Oktober berbanding 5.9% tempoh sebelumnya.

Bank Pusat England (BOE) sebelum ini mengatakan bahawa mereka mahu memastikan bahawa penamatan skim subsidi kerajaan pada September tidak akan menyebabkan lonjakan dalam pengangguran sebelum memutuskan untuk menaikkan kadar faedah.

Bagaimanapun, ancaman terbaru daripada varian Omicron telah menimbulkan kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi dan mengurangkan keyakinan pelabur bahawa BOE akan mengumumkan kenaikan kadar pada mesyuarat polisinya pada hari Khamis.

Dagangan matawang pound terus suram di sekitar harga 1.32000 berbanding US dolar susulan penerbitan data ini, gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat di samping turut terkesan oleh greenback yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat