Ini Berita Baik Untuk Trader Sesi Asia!

1,783

Dolar greenback susut di tahap terendah satu minggu selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menandatangani rang undang-undang pakej rangsangan $1.9 trilion yang digelar Pelan Penyelamat Amerika setelah ia diluluskan oleh Kongres awal minggu ini.

Rang undang-undang tersebut merangkumi pembayaran langsung $1,400 kepada rakyat Amerika, faedah pengangguran yang dilanjutkan sebanyak $300 setiap minggu, serta pembiayaan $350 bilion untuk kerajaan negeri dan tempatan.

Sementara $49 bilion lagi tambahan untuk ujian Covid-19 dan penyelidikan, serta $14 bilion untuk kos pengagihan vaksin.

Perkhabaran positif ini disambut baik oleh pasaran saham global untuk melonjak tinggi, terutamanya indeks S&P 500 dan Dow Jones naik ke paras tertinggi harian.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar didagangkan di tahap terendah satu minggu pada 91.41.

Lelongan bon perbendaharaan 30 tahun dipenuhi dengan permintaan yang mencukupi untuk membantu menstabilkan hasil, dan sekali gus memberi rangsangan kepada matawang yang berisiko.

Ini telah mendorong hasil perbendaharaan AS 10 tahun susut pada 1.47%, sebelum kembali meningkat pada 1.53% pada sesi Asia hari ini.

Sementara itu, matawang euro terus mengukuh susulan kemerosotan US dolar walaupun Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde memberi kenyatan dovish mengenai dasar akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat