Ini Cara Bagaimana Perancis Ingin Menyelamatkan Ekonomi Negara Dari Impak Wabak Covid-19!

151

Pentadbiran Perancis mengumumkan pelan rangsangan sebanyak 100 billion euro atau 118 billion dalam dolar bagi menjana ekonomi pasca Covid-19 pada tahun 2021. Pelan rangasangan ini menumpukan pada pelaburan dalam ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjadikan negara lebih kompetitif.

Berikut adalah rincian pelan rangsangan Perancis:

Sebanyak 30 bilion euro di peruntukan untuk membiayai peralihan kepada dasar yang lebih mesra alam, antaranya ialah ;

1. 11 bilion untuk sektor pengangkutan termasuk 4.7 bilion untuk penambahan landasan kereta api yang menghubungkan lebih banyak daerah. Hampir 2 bilion daripadanya akan digunakan untuk menampung kerugian semasa penutupan stesen kereta api yang disebabkan penularan wabak Covid-19.

2. 6 bilion euro untuk pengubahsuaian bangunan awam dan kediaman persendirian.

3. 2 bilion euro untuk industri hidrogen selama 2 tahun, ia dilihat sebagai alternatif untuk bahan bakar fosil.

4. 2 bilion euro untuk insentif pembelian kereta elektrik dan 2 bilion euro untuk penyelidikan dan pembangunan kapal terbang yang lebih mesra alam.

6. 1.2 bilion euro untuk membantu para petani membuat peralihan ke corak pertanian yang lebih mesra alam.

Selain itu, pelan rangsangan tersebut juga menawarkan 35 bilion euro untuk menjadikan ekonomi lebih kompetitif. Antaranya;

1. Pemotongan cukai perniagaan 20 bilion euro selama dua tahun.

2. 1 bilion euro bantuan langsung untuk projek industri, termasuk 600 juta euro untuk membantu syarikat-syarikat memulakan perniagaan mereka.

3. 11 bilion euro diperuntukan untuk program pelaburan jangka panjang selama dua tahun.

Baki jumlah pakej rangsangan akan disalurkan buat kepentingan pertumbuhan sektor buruh.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat