Ini Dia! Kekuatan Untuk Pound Mendaki Di Sesi Eropah

424

Data yang dinanti-nantikan pelabur pada awal sesi Eropah menunjukkan jualan runcit di UK mencatat pemulihan pada bulan Februari ketika negara itu masih di bawah sekatan yang lebih ketat.

Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan jualan runcit UK melonjak sebanyak 2.1% pada Februari, menyusuli penguncupan 8.2% pada bulan sebelumnya, iaitu sejajar dengan jangkaan pasaran. Jualan runcit teras, (tidak termasuk bahan bakar) naik 2.4%.

Secara tahunan, penjualan runcit UK turun sebanyak 3.7% pada bulan Februari berbanding penurunan 3.5% yang dijangkakan dan kejatuhan 5.9% yang dicatatkan sebelumnya.

Bagaimanapun, kenaikan yang dicatatkan pada Februari masih tidak dapat menutup penurunan ketara pada suku ini, yang menjunam sebanyak 8.2% pada bulan Januari.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson dijangka akan membenarkan kedai-kedai yang tidak penting untuk dibuka semula pada 12 April.

Setelah separuh daripada orang dewasa diberikan vaksin Covid-19, kerajaan menetapkan rancangan untuk melonggarkan sekatan.

Matawang pound diniagakan meningkat setelah menyaksikan pemulihan dalam data jualan runcit UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat