Ini Dia Keputusan Mesyuarat BOJ Bagi Edisi Julai

335

Bank of Japan (BOJ) membiarkan kadar faedah kekal pada -0.10%, selain turut mengekalkan janjinya untuk membeli J-REITS pada kadar tahunan sehingga 180 bilion yen pada mesyuarat dasar monetari sesi Julai.

BOJ turut menurunkan ramalannya terhadap pertumbuhan tahun fiskal ini, dengan menjangkakan ekonomi akan berkembang 3.8% pada tahun fiskal semasa yang berakhir pada bulan Mac 2022 dan meningkat 2.7% pada tahun berikutnya.

Dalam ramalan sebelumnya yang dibuat pada bulan April, bank pusat telah menjangkakan ekonomi Jepun akan berkembang sebanyak 4.0% pada tahun fiskal ini dan 2.4% pada tahun berikutnya.

Walaupun prospek terhadap pertumbuhan berkurang, tetapi bank pusat tetap mempertahankan pandangannya bahawa ekonomi menuju pemulihan yang sederhana, menandakan bahawa dasar monetari akan berada di tahap semasa buat masa ini.

Susulan daripada pengumuman dasar ini, matawang yen Jepun didagangkan sedikit susut berbanding kebanyakan matawang utama, bertahan dengan sokongan yang diberikan oleh hasil bon AS 10 tahun yang mencatatkan kemeroostan lebih rendah.

Dalam pada itu, BOJ turut mengeluarkan outline terhadap skim terbarunya untuk meningkatkan pendanaan bagi kegiatan yang bertujuan memerangi perubahan iklim.

Ia akan menawarkan dana tanpa faedah untuk tempoh satu tahun kepada institusi kewangan yang meningkatkan pinjaman atau pelaburan untuk menangani perubahan iklim.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat