Ini Fakta Yang Perlu Diketahui ‘Trader’ Menjelang Data Inflasi Euro!

480

Pada hari Rabu petang, Jabatan Statistik Eropah bakal mengeluarkan data inflasi bagi kawasan Zon Eropah. Jangkaan bahawa tekanan inflasi akan mula berkurangan walaupun terdapat risiko ia akan terus melonjak.

Setelah beberapa kali zon Eropah terkesan dengan impak langkah ‘lockdown’, ekonomi zon eropah akhirnya berjaya bangkit kembali. Tinjauan perniagaan PMI terbaru menunjukkan ekonomi sedang berkembang pesat, mencerminkan momentum dan pengedaran vaksinasi yang lebih meluas yang mendorong perbelanjaan pengguna dan pengambilan pekerja.

Disamping semua data positif, tinggal persoalan adakah momentum ini dapat dikekalkan atau ianya akan pudar setelah? Disisi lain perbelanjaan kerajaan di Zon Eropah tidak begitu memberangsangkan jika dibandingkan di Amerika.

Risiko lain adalah mutasi varian delta yang telah mula menular dengan cepat ke seluruh Eropah. Walaubagaimanapun, sebilangan besar rakyat telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksinasi yang bermaksud ia dapat mengekang penularan dari begerak pantas. Namun jika varian ini terus menular maka ia akan menghentikan proses pembukaan ekonomi seperti yang sedang berlaku di Portugal.

Disisi lain, ekonomi sedang menunjukkan prestasi yang sangat baik pada bulan Jun, yang menjadikan kebarangkalian inflasi untuk menurun adalah rendah. Namun unjuran pasaran mendapati CPI tahunan akan menurun kepada 1.9% pada bulan Jun daripada angka 2.0% yang dikecapi sebelumnya.

Lonjakan positif berkemungkinan dapat mendorong pengukuhan Euro untuk sementara waktu namun ia mungkin tidak akan mengubah nada ECB yang percaya lonjakan inflasi hanyalah sementara.

Dalam jangka panjang penganalisis percaya bahawa AS akan mencatat pemulihan ekonomi yang lebih pantas berbanding Eropah yang membawa kepada risiko penyusutan euro/dolar. Pemulihan ekonomi akan memberi implikasi terhadap dasar kewangan.

Matawang Euro menyusut sebanyak 0.13% berbanding US dolar pada paras dagangan 1.1908.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat