Ini Faktor Kritikal Yang Mengubah Arah Pasaran Minggu Ini

1,104

US dolar kembali menemui faktor sokongan untuk mengukuh semula dari paras terendah 2 setengah tahun selepas pasaran saham mula pamerkan penurunan.

Penganalisis melihat faktor peningkatan kes jangkitan kes Covid-19 dan ketidaktentuan pilihan raya di Geogia kembali menyelubungi kebimbangan pelabur.

Sentimen yang kembali berisiko membuatkan aset safe-haven mendapat permintaan semula dalam pasaran. Mata wang US dolar, Yen dan Swiss franc pamer pengukuhan di sesi New York.

Yen pada mulanya berjaya pamerkan peningkatan berbanding US dolar ke paras tertinggi sejak Mac. Perdana Menteri Jepun semalam menyatakan bahawa kerajaan sedang mempertimbang langkah kecemasan untuk Tokyo untuk membendung pandemik.

Sementara Pound Sterling yang berjaya mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi terbaru lebih 2 tahun mula pamerkan penurunan semula selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson mengarahkan sekatan pergerakan di seluruh negara dalam usaha membendung penularan pantas Coronavirus variasi baru.

Dagangan Pound berbanding US dolar melihatkan harga yang mencapai paras ketinggian sekitar $1.37000 alami kejatuhan semula di bawah paras harga $1.36000.

Mata wang Euro sedikit susut berbanding US dolar selepas paras rintangan $1.2300 gagal ditembusi harga selepas pengukuhan semula US dolar menekan harga lebih rendah semula.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat