Ini Faktor US Dollar dan Aussie Berada Dalam Dagangan Mantap!

48

US Dollar masih dinilai mantap pada hari Rabu apabila satu lagi kenyataan dari Yellen menjadi tumpuan pelabur. Pasaran dijangka akan meneliti sama ada ia senada dengan kenyataan beliau sebelum ini.

US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama jatuh sebanyak 0.02 peratus kepada 101.18. Pair USD/JPY meningkat sebanyak 0.02 peratus manakala AUD/USD didagang melonjak sebanyak 0.18 peratus.

USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Semalam, US Dollar meningkat berbanding matawang yang lain pada Selasa selepas Pengerusi Fed, Janet Yellen berkata kepada Kongres bahawa bank pusat AS akan menimbangkan keputusan untuk menaikkan kadar pada mesyuarat yang akan datang.

Yellen turut berkata bahawa peningkatan kadar adalah sesuai pada mesyuarat yang akan datang jika ekonomi bekembang sejajar dengan jangkaan. Tambah Yellen lagi, perubahan dasar fiskal di bawah pentadbiran Trump boleh menjejaskan unjuran ekonomi. Namun, begitu, ia masih terlalu awal untuk mengetahui kesan dasar Trump kepada ekonomi.

Menurut Fed Rate Monitor Tool, bank pusat tersebut dijangka akan menaikkan kadar dengan peratusan sebanyak 20 peratus pada bulan Mac.

Secara berasingan, data harga pengeluar di AS menunjukkan peningkatan pada kadar terpantas dalam tempoh empat tahun pada bulan Januari berikutan kos tenaga yang semakin melonjak.

Menurut Jabatan Buruh, indeks harga pengeluar meningkat sebanyak 0.6 peratus pada bulan Januari.

Sebelum ini, matawang gergasi ini berada dalam tekanan gara-gara peletakan jawatan Penasihat Keselamatan Negara, Michael Flynn di atas dakwaan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan pegawai Russia sebelum Trump dilantik secara rasmi sebagai Presiden.

 

Kenyataan Agresif Yellen Langsung Tidak Melemahkan Semangat Emas!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat