Kenyataan Agresif Yellen Langsung Tidak Melemahkan Semangat Emas!

68

Harga emas meningkat di dalam sesi Asia walaupun komen Janet Yellen dikatakan agak agresif terhadap keperluan untuk menaikkan dengan kadar lebih cepat.

Emas di Comex New York Merchantile Exchange meningkat sebanyak 0.14 peratus kepada $1,227.15 satu troy ounce, manakala silver futures melonjak sebanyak 0.18 peratus. Sementara itu, copper futures turut dinilai meningkat sebanyak 0.15 peratus.

Semalam, harga emas meningkat ke tahap terkuat dalam sesi Eropah selepas Janet Yellen mengeluarkan kenyataan bahawa ia merupakan tindakan yang kurang bijak untuk Fed menunggu terlalu lama untuk menaikkan kadar. Hal ini memandangkan pertumbuhan ekonomi dan inflasi semakin meningkat.

Beliau turut menambah bahawa isu kenaikan kadar akan dinilai pada pertemuan yang akan datang.

Logam berharga ini sensitif kepada sebarang pergerakan kadar Amerika Syarikat. Pengukuhan US Dollar dan peningkatan kadar faedah biasanya akan menurunkan harga emas kerana ia akan meningkatkan kos untuk memiliki emas.

Warren Buffett Menjual $900 Juta Saham di Walmart!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat