Ini Faktor Yang Dorong Bursa Malaysia Melantun Pada Hari Ini

1,130

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bertambah 1.20 mata pada 1,521.94 daripada penutupan Rabu pada 1,520.74 selepas aktiviti pembelian semula pada saham wajaran tinggi terpilih mengatasi kerugian awal.

Indeks dibuka 0.26 mata lebih rendah pada 1,520.48.

Di pasaran meluas menyaksikan kerugian atasi keuntungan dengan 218 berbanding 129 manakala 267 kaunter tidak berubah, 1,678 tidak didagangkan dan 18 digantung.

Perolehan jumlah pada 232.21 juta unit bernilai RM110.29 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan prestasi FBM KLCI mungkin terus lemah dengan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap inflasi ekoran pengumuman indeks harga pengeluar China yang tinggi daripada jangkaan,

Tambahnya lagi, pasaran akan menggunakan strategi tunggu dan lihat menjelang data pengeluaran domestik kasar suku ketiga Malaysia yang akan dikelaurkan pada Jumaat.

Sentimen pasaran kelihatan lemah sementara prospek dalam jangka sederhana sehingga panjang bagi sektor penerbangan dan pelancongan kelihatan cerah menjelang pembukaan semula sempadan secara beransur-ansur bagi pelancongan antarabangsa. Selain itu, saham berkaitan perabot dijangka mendapat perhatian pada musim laporan mendatang semasa permintaan yang lebih tinggi untuk perabot semasa tempoh bekerja dari rumah.

Saham wajaran berat menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat 3 sen pada RM8.02 dan RM9.61 masing-masing, IHH Healthcare Bhd bertambah 10 sen pada RM6.55 sementara Public Bank menyusut 1 sen pada RM4.01 dan Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) kekal pada RM8.30.

Saham aktif memperlihatkan XOX Bhd dan Tanco Holdings Bhd kekal pada 3.5 sen dan 27 sen masing-masing sementara Iconic Worldwide Bhd tambah 1.5 sen pada 47.5 sen dan Ecomate Holdings Bhd naik 0.5 sen pada 52.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menyusut 0.83 mata ke 11,265.75, indeks FBMT 100 bertambah 0.59 mata ke 10,901.31, indeks FBM Emas Shariah menurun 2.51 mata pada 12,276.08 manakala FBM ACE menaik 26.58 mata pada 6,965.16 dan FBM 70 berkurang 30.04 mata pada 14,931.10.

Indeks Industrial Products and Services meningkat 0.06 mata pada 201.47, indeks Perladangan mencanak 1.37 mata pada 6,631.26 dan indeks Perkhidmatan Kewangan bertambah 0.57 mata pada 15,094.82.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat